Entri khas untuk
ibu2 yang sedang mengandung macam aYU... ツツ
Biasanya masalah Bengkak
Kaki ni berlaku di sebabkan lebihan air di dalam badan kita, yang mana keadaan
ni biasanye berlaku bila dah masuk ke Trimester ketiga.Tapi, ada juga
sesetengah wanita hamil yang telah melalui masalah ini ketika penghujung
Trimester kedua ...[Ayu alaminya sekarang...huhuhuhu ] Masalah ini biasanya akan hilang dengan sendiri nya bila tiba
saat bersalin....
Kalau anda mengalami
masalah bengkak2 kaki..teruskan pembacaan anda ye…
Bengkak pada kaki
biasanya membuatkan ibu berasa kurang selesa. Bengkak ini juga mungkin
mengakibatkan ibu terpaksa menukar kasut. Ketahui kenapa ia terjadi dan
bagaimana untuk mengurangkannya...
Kenapa Kaki
Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar
semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian
bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di
dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan
menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di
trimester ketiga kehamilan.
Bengkak ini akan
surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil
dengan mengamalkan perkara berikut:












❅❅ Berhati-hati ❅❅
Hubungi doktor anda jika
anda dapati anda turut mengalami:
❧ muka atau keliling
mata bengkak.
❧ tekanan darah tinggi.
❧ kencing kotor.
❧sebelah kaki kelihatan
lebih bengkak daripada yang lagi satu.
Jom sama-sama kita cuba...nk try supplement SHAKLEE tuk masalah anda???refer cini..KAKI BENGKAK
No comments:
Post a Comment