Thursday 14 November 2013

Tips memberi nama kepada anak yg bakal lahir...



Setiap pasangan ibu bapa idamkan sesuatu yang istimewa terhadap cahaya mata mereka. Lalu pelbagai usaha dilakukan agar cahaya mata meleka lahir dengan sempurna dan diberikan keperluan secukupnya. Ada yang yakin dengan membaca surah Yusuf ketika bayi dalam kandungan, bayi itu akan sempurna rupa parasnya sebagaimana Yusuf Alaihissalam.. begitu juga yang idamkan anak perempuan dengan surah Maryam. Baguslah, jika amalan ini dilakukan kerana membaca ayat2 suci al-Quran itu adalah ibadah namun janganlah terlalu bergantung harap kerana lain pula jadinya jika sesuatu yang diinginkan tak tercapai.

Selain itu, sesuatu yang ibu bapa sentiasa berfikir ketika bayi mereka masih dalam kandungan ialah tentang nama anak mereka. Kerana nama yang telah diberikan akan terpahat pada diri setiap manusia hingga di Padang Mahsyar kelak. Namun begitu, adakah semua ibu bapa mengambil berat tentang makna nama yang telah mereka berikan kepada anak mereka. Tak kisah lah dalam apa jua bahasa asalkan tidak tersalah pilih.

Sebagai adatnya, rata-rata nama anak-anak Melayu di Malaysia menggunakan bahasa arab pada kebanyakannya. Dan agak biasa permulaan nama bagi lelaki ialah Muhammad (atau apa jua cara tulisannya), Ahmad, Abdul ~, dan sebagainya. Bagi perempuan pula kebiasaannya dimulakan dengan Nur, Siti, Nurul ~, dan lain-lain. Ini mungkin dipengaruhi oleh kedatangan masyarakat Arab yang datang berdagang di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Namun, tak kurang juga yang meletakkan nama Melayu pada anak mereka contohnya Tuah, Megat, Melati, Bunga, dan selainnya. Tak kisah lah asalkan maknanya baik dan indah.

Walau bagaimanapun, hak ibu bapa untuk meletakkan nama pada zuriat mereka harus diteliti tentang maknanya kerana nama juga mempengaruhi kehidupan mereka ketika anak-anak mereka meningkat dewasa. Jangan tersalah letak nama kerana ini mungkan akan menimbulkan aib kepada anak-anak tersebut. Contoh-contoh nama yang agak selalu didengar dan tidak sepatutnya diletakkan pada nama manusia adalah seperti:



1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :

  • • Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
    • Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
    • `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
    • Wati (Persetubuhan)
    • Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)

    2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
    • Azali
    • Muhaimin

    3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
    • Suyuti (Orang Asyut)
    • Bukhari (Orang Bukhara)
    • Ghazali (Orang Ghazal)
    • Nawawi (Orang Nawa)
    • Misri atau Masri (Orang Mesir)
    • Baihaqi (Orang Baihaq)
    • Tirmizi (Orang Tirmiz)

    4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.


    5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.

    6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab

    7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
    • Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
    • Ghulam `Ali (Hamba `Ali)

    8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)

    9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
    • Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
    • Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.

    10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
    • Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
    • Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.

    11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
    • Zaleha – sepatutnya Zulaikha

    12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
    • ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
    • Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.

    13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
    • Muti`ah (yang taat)

    14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:

    • Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)

    15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:
    • Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
    • Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)

    16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
    • Syamsul Bahri (matahari lautan)
    • Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
    • Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
    • Rafidhi (Syiah pelampau)
    • Atan (keldai betina)
    • Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
    • Jamalullail (keindahan malam)

    Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
    • Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
    - makna buruk : pengecut
    • Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang
    - makna buruk : yang menyalak

    17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.

    Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
    • Fairuz
    • Sirin (manis –bahasa Farsi)
    • Rustam
    • Sarfaraz (mulia)
    • Sibawaih (wangian epal)

    18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
    • Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
    • Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
    • Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
    • Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
    • Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’

    19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)

    Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain

    20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
    Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
    • Syukri (Kesyukuranku)
    • Fathi (Kemenanganku)
    Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
    • Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
    • Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
    • Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri

    Nota:
    Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
    نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.

    Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.

    Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:

    • Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.

    Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.

    • Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.

    Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:

    • Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.

    • Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.

    21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
    لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

    (Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]

    dan ayat:
    هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

    Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]

    22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:

    • Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah

    • Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s

    Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.

TERIMA KASIH

Wednesday 13 November 2013

RAHSIA TARIKH LAHIR..

Nak tau personaliti melalui tarikh lahir???hehhe....tuk suka suki jer....not 100% correct yer...

Peribadi mengikut tarikh lahir

Jom suka2 tgk peribadi kita melalui tarikh lahir... benda ni x bleh percaya sgt tapi kalau betul tu secara kebetulan la.


1hb. - Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal
cinta. Kadangkala
pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta
kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.



2hb. - Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang
dilahirkan pada tanggal 2hb
cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah
soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu
mengubahnya.



3hb. - Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan.
Kamu memerlukan cinta
dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk
meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.



4hb. - Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka
mengikut perasaan dan kata
hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat
keputusan yang kadangkala
kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang
salah.



5hb.- Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia
boleh memburukkan diri
kamu sendiri. Namun
kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu
sayangi.



6hb.- Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik
hati. Tidak hairanlah
bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu
banyak lagi perkara
penting selain cinta.



7hb. - Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun
sikap kamu yang agak
berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu
juga soal percintaan.
Kamu ni pemilih sangat!


8hb. - Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang
menjadi pasangan kamu nanti.
Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata
saja!


9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan
keterampilan diri di mata
orang ramai. "Maintain vogue" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu
kamu ingin yang
'setaraf' juga.


10hb. - Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat
mementingkan keluarga
daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan
keluarga yang besar. Namun
sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!


11hb.- Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur
kehidupan kamu
seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap
demikian. Namun, tidakkah
kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu
mengikut peraturan?????



12hb.- Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu
memberikan komitmen, selamanya
kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh
minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!



13hb.- Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja.
Sebab itulah kamu
disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan
tidak
tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai
menjaga perhubungan.



14hb.- Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam
hidup. Sebab itulah kamu
tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan
perkahwinan adalah
perkara terakhir dalam
senarai hidup kamu!!



15hb.- Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan
kamu secara tiba-tiba.
Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak.
Punca pergaduhan antara
kamu dan si dia,
sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.



16hb.- Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey
dan sekejap pula kamu
marah-marah. Ini
membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba
kawal sikit.


17hb.- Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu
sendiri. Namun sikap
penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan
sebenar kamu.



18hb.- Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal
perasaan dan cinta. Kamu lebih
suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu.
Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.


19hb.- Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan
termasuklah menjalinkan
perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan
persahabatan sebelum menjadi serius.


20hb.- Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu
inginkan. Sebab itulah
sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan
ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!


21hb.- Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan
orang lain 'ambil mudah'
terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu
berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka
sebelum terlambat.



22hb.- Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat
bercita-cita tinggi dan mempunyai
impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang
yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di sampingnya.


23hb.- Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka
mendampingi kamu. Malangnya
kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si
dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.


24hb.- Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan
cinta, kamu terlalu
takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.


25hb.- Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai
lelaki/perempuan yang bagi pendapat
kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak
mencuba, bagaimana nak
tau kan?????


26hb.- Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius
dalam perhubungan yang
dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!



27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun
kekasih kamu sendiri.
Tak baik wasangka !!!!



28hb.- Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan
teman-teman. Namun kadangkala
di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si
dia tanpa disedari.


29hb.- Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa
saja selagi kamu tidak
puas hati dengan apa yang kamu miliki.



30hb.- Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu
dengan si dia kerana
kamu sukar untuk beralah!!!!



31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu,
hargai apa yang kamu
miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!



TERIMA KASIH

CARA ELAK BAYI TERKENA JAUNDIS

sedih kn if baby kite mcm ni....hurmmm....




As Salam mommies2 sume...

JAUNDIS / KUNING adalah simpton yg agak biase berlaku kepada bayi2 baru lahir pada zaman sekarang....

  • 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.
  • 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 


CARA MENCEGAH / MERAWAT JAUNDIS MENGIKUT KONSEP ISLAM

Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.


UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=550809768290196&set=a.240432069327969.53824.240423809328795&type=1&theater
HARAP ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT TUK KITA BERSAM....(^_^)v

TERIMA KASIH

Monday 11 November 2013


As Salam sume....penah alami perkara di atas..??sure pernah kn...sbb mommy pon antara 'INSAN TERPILIH' senang dpt 'BATUK'..Sesungguhnya batuk bukan la perkara yg seronok 'ada sakit yg seronok ke??'..lebih2 lg bila ambil masa berminggu-minggu nk reda...
Batuk mommy ni special sikit...segala jenis ubat batuk yg ada dlm pasaran atau pon yg dpt dr klinik berdaftar nampaknyer TIDAK MEMBERI KESAN PAPE pon kat mommy..huhuhuhu...

Pernah gak try cara tradisional dgn petua2 lama org dulu2...ad yg berkesan ad gak yg kureng beri kesan...

Anyone yg rajin google sure ble jmpe byk petua yg di share bersama...ni antara petua yg ble di try..:

Antara petua yang boleh mengurangkan batuk:
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.
    Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
SELAMAT MENCUBA..!!

TERIMA KASIH

Thursday 7 November 2013

I'm BeGinneR..

As Salam and Morning sume...!!!

Sekian lama baca dan review blog org...rase da tiba masa tuk ada blog sendiri..hehhe..masih belajar bertatih...masih cilok mencilok tips2 blogging ni...
Tujuan utama buat blog ni adalah untuk berbisnes sambil share2 pengalaman dan tips yg ble dikongsi bersama...SHARING IS CARING kn....

Sambil2 tu apa kata kite layan youtube ni..OST LOve U Mr Arrogant yg tgh meletops srkg..Enjoy..!
http://www.youtube.com/watch?v=Oo8QYsrH3HQ
TERIMA KASIH

© Blog Supermommy | Template Designed By Blog Bingkisan Hati