Monday 10 February 2014

KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL




Entri khas untuk ibu2 yang sedang mengandung  macam aYU..

Biasanya masalah Bengkak Kaki ni berlaku di sebabkan lebihan air di dalam badan kita, yang mana keadaan ni biasanye berlaku bila dah masuk ke Trimester ketiga.Tapi, ada juga sesetengah wanita hamil yang telah melalui masalah ini ketika penghujung Trimester kedua ...[Ayu alaminya sekarang...huhuhuhu ] Masalah ini biasanya akan hilang dengan sendiri nya bila tiba saat bersalin....


Kalau anda mengalami masalah bengkak2 kaki..teruskan pembacaan anda ye…



Bengkak pada kaki biasanya membuatkan ibu berasa kurang selesa. Bengkak ini juga mungkin mengakibatkan ibu terpaksa menukar kasut. Ketahui kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengurangkannya...

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?

Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.


Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

✔ Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan...[Ayu sgt2 aktif bergerak...tapi kesannye kaki makin membengkak dan sakit yg amat ]
✔Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
✔Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin [yg ni AYU da buat...xde kesan..huhu ]
✔ Rendam kaki dalam air sejuk. .[x sempat try lg...akn ku coba.... ]
✔ Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
✔Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
✔ Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan    boleh mengurangkan bengkak di kaki...[yg ni mmg AYU FAIL....xske minum air...mayb ni salag satu sebab bengkak kaki AYu x kurang langsung...=( ]
✔Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat...
✔Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
✔Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
✔Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
✔Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.


❅ Berhati-hati 
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
 muka atau keliling mata bengkak.
 tekanan darah tinggi.
 kencing kotor.

sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.




Jom sama-sama kita cuba...nk try supplement SHAKLEE tuk masalah anda???refer cini..KAKI BENGKAK

No comments:

© Blog Supermommy | Template Designed By Blog Bingkisan Hati